Saturday, April 2

The Miracle of Love


This disabled couple proves that there is hope for the rest of us. He has no arms and she has no legs but what they are able to accomplish is remarkable. She takes care of him good and he’s able to do almost everything with his feet. Moreover, in their everyday life they do all the housework without any help from the others. They are an amazing couple.

















Friday, April 1

Pengalaman pertamaku..

Ulya Nur Qaisara makin lama makin pandai n bijak puteri ku sorang ni..tapi letih abi n umi dia nak melayan sebab rajin sangat mengemas n hobi baru dia sekaran adalah menconteng.. habis kertas, dinding,sejadah, karpet,meja n baju umi dia conteng tapi xpela semoga ini first skill dia dalam bidang penulisan dan lukisan..hebat anak abi ni kiri kanan tangan dia aktif..membesar jadi puteri mujahidah yang hebat dan pintar yang dapat membantu perjuangan islam ya sayang..

Harini first time dalam hidupku merasai gegaran akibat gempa bumi, selalunya tengok kat berita or youtube je arini merasa gak aku..alhamdulillah xberlaku kejadian yang xdiigini, nak diceritakan ketika aku baru nak makan selepas beberapa hari xbernafsu terhadap makanan sambil mendengar azan asar berkumandang terasa bangunan rumahku bergegar, aku ingat arab dok pasing grill sebab tuan rumahku tengah sibuk pasang grill kat semua rumah takut pencuri masuk, tapi xdenga plak bunyi busing.teringat aku langkah2 menghadapi gempa bumi yang aku pelajari semasa tengok tv dulu..tapi nak lari keluar rumah ulya tengah tido aku pun tengah makan, nak menyorok bawah meja xda meja besar lak kat rumah aku..Alhamdulillah gegaran tu berlaku dalam masa 5-10 saat je..tu pun da cuak n takut,baru kesan kecil akibat gempa yang berlaku di pulau Crete di Greece.macamana la rakyat jepun hadapi tsunami n gempa aritu kan..n yang paling dashat semestinya yaumul qiyamah bukan yaumul ghadob ya(nasib bek aku xturun gi tahrir rini kalo x mesti gelabah zaujah aku sorang2 kat rumah)

Semalam aku diberitahu ada pelajar negeri perlis(tapi asal dari wilayah) yang mengalami masalah mental..aku pun dok bajet orang len, n malam semalam masa menunggu zaujah aku abis kelas tutorial ada orang tego aku,us pekabar,us, orang kaya yang us bawa dulu xikhlas dengan ana, aku pun pelik pehal mamat ni da la tengah2 malam dok pakai cermin mata hitam,aku balas balik kenapa ckp dia xikhlas, n dia jawab ana tau dia xikhlas.n dok ajak aku balik Malaysia naik flight emirates n ikut dia contoh dia supaya leh jadi macam Micheal Jackson.pastu baru aku teringat pasal cita yg aku denga dari zaujah aku..aku kenal dak tu pasal selalu sewa rumah tetamu negeri Perlis n dia yang dok berurusan dengan aku selalu..aku memang terperanjat sebab dia baik n muda betul.Dia jadi macam tu baru dalam masa 2-3 hari,dala baru je sampai dari Malaysia.Seronok tengok dia merapu macam2 aku wali Allah la,cucu nabi n macam2 la tapi memang sedih sangat bila dipikirkan lagi2 orang yang kita kenal..Semoga Allah menyembuhkan penyakit dia n lindunginya dari ganguan syaitan dan iblis laknatullah..

Dalam masa sehari macam2 benda boleh berlaku, orang boleh becinta n putus dalam masa sehari, Allah boleh tarik kesihatan yang diberikan pada kita dalam masa sekelip mata.n macam2 lagi boleh berlaku perkara yang kita xjangka dengan sekelip mata. Ingatla 5 perkara sebelum 5 perkara n selalulah renung2kan maksud didalam surah Al 'Asr..Semoga Allah matikan dalam keadaan husnul khatimah n beriman..



Life is so Interesting n Never be Bored

Monday, March 28

Entry tanpa nama

Salam semua...huhu..lama betul aku xberblog..da dekat setahun da dari post yang terakhir..Hosni Mubarak pun da jatuh n kebanyakkan negara Arab tengah bergelora oleh laungan rakyat yang mahukan perubahan dan keadilan..nampaknya aku pun kena berevolusi gak la pasni untuk berblog..kena rajin buat perubahan dalam post2 akan datang n yang paling penting kena istiqamah menge'post' sesuatu yang bermanfaat untuk diri ku dan semua di luas sana..

Sehingga ketemu lagi...

Wednesday, May 5

Istiqamah itu penting...

Assalammualaikum semua,

Lama jugak aku x tak menulis kat blog ni, sebulan lbh jugak la, dok seronok baca blog orang blog sendiri berhabuk..huhu.. Pape pun, first skali aku nak ucap Happy Belated Besday buat diri ku dan kawan-kawan or sesiapa sahaja yang lahir pada bula APRIL yang lepas (ramai jugak yang lahir bulan lepas termasuk mertua n adik ipar aku), tua da aku ni, makin dekat dengan tuhan da setiap masa, tapi aku mampu ke nak berhadapan dengan yang maha esa..huhu...cukup ke amalan yang aku da buat selama ni..

Tajuk aku rini pasal istiqamah, berterusan ke atas sesuatu.. memang ini masalah utama pada setiap orang terutama aku..tak susah kalo kita nak lakukan kerja secara mendadak tapi nak melakukan sesuatu secara berterusan memang susah untuk kita lakukan.. Tengok blog aku sudah la, minggu ni keluar 2,3 pos pastu senyap sebulan..huhu..tapi satu je istiqamah aku lakukan setiap hari, MAFIA WARS memang xboleh tinggal, level da tinggi sayang kalo x men..huhu..

Teringat pesan Ustaz ku dulu, kita ni kalo nak ingat quran betul pastikan hari-hari mesti mengulang walaupun sedikit, Insyaallah aku ingat pesan dia sampai bila2..Untuk berjaya kita mesti bermujahadah untuk istiqamah n bersemangat melakukan sesuatu.

Oleh sebab da lama aku xmengupdate blog, rini aku akan cerita apa perkembangan terbaru pada diriku n kat sekeliling :

-Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib dilantik menjadi Syeikhul Azhar yang baru menggantikan Almarhum Syeikh Sayyid At Tantawi.

-Ulya Nur Qaisara da berumur hampir 8bulan masuk bulan ni, da boleh merangkak dengan aktif n kuat bermain n bercakap, untuk rekod arini masuk kali ke3 Ulya jatuh dari katil, sian anak abi n ummi ni..Semoga xda berlaku pape yang xdiingini, Allahu yahfizuki ya bint.

-Amah indon dirogol beramai-ramai (Alhamdulillah perogol yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut telah ditangkap)

-Pelajar Malaysia diraba oleh pelajar sekolah menengah Mesir.

-Berkaitan juga dengan 2 perkara diatas, unit hisbah PMRAM mengumumkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan ikhtilat diantara pelajar Malaysia di Mesir. Ramai yang berjalan secara berpasangan(berdating) dan yang paling membimbangkan dikhuatari ada pelajar yang bersekedudukan dan berkhalwat.Untuk cerita yang lebih jelas sila lawati http://hairulnizammathusain.blogspot.com/.

-Berlaku konflik besar antara JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) dengan para pelajar dan PMRAM, antaranya adalah tuduhan melulu dan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai JPMK kepada PMRAM n bermacam-macam lagi..

-Juga berkaitan konflik antara JPMK dengan para pelajar dan PMRAM adalah isu ketidak naikkan nama pelajar Qiraat Shoubra dan Mansoura, kesian adik2 tahun satu, nak exam nama masih xnaik, diharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin.

-Antara isu yang hangat sekarang adalah isu perpindahan pelajar wafidin(bukan MESIR) ke Kaherah. Dan isu tentang kuliah baru, kuliah Ulum Islamiah, untuk maklumat terperinci sila lawati http://ibnuirfadzil.blogspot.com.

-Barisan pimpinan PMRAM yang baru telah dilantik pada muktamar PMRAM yang lepas. Takziah dan tahniah kepada 2 orang kawan aku kerana terpilih (Syeikh Mujahid dan Huzaifah).

-Selamat Ulang Tahun Ke80 PMRAM, da baya Mahathir da, tapi tetap bertahan dari tahun 1930. Walaupun aku bukan la orang kuat PMRAM, sumbangan yang dilakukan oleh Persatuan ini memang xboleh dinafikan amat besar buat seluruh anak melayu di Mesir.

-4orang pelajar melayu(ISMA) ditangkap oleh Polis Mesir. Walaupun ada orang akan marah kerana aku bracketkan Isma tu..tapi fakta tetap fakta. Kawan aku pun kena tangkap dalam kejadian tersebut.

-Semalam harami atau pencuri cuba mencuri di koperasi di bangunan Terengganu, Hayyu Asyir. Pencuri telah ditangkap dan dibelasah oleh pelajar kita..

Setakat itu sahaja yang aku boleh update buat masa ni, pesanan buat rakan-rakan pelajar kita di Mesir terutama buat akhawat, berhati-hati ketika berada di rumah atau diluar untuk mengelak dari berlaku sebarang perkara yang tak diingini, kalau keluar rumah pada waktu malam pastikan bermusyrif/mas'ul atau paling kurang berjalan secara berkumpulan. Dan yang paling penting buat pelajar Medik, jika ada yang freehair belajar la secara perlahan untuk menjadikan tudung sebagai pakaian dan menutup aurat, dan buat yang memakai pakaian yang menampakkan tsadyun dan bentuk badan(even bertudung) Pakailah n tutupla aurat anda mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Aku n kawan-kawan aku ada jual tiket kapal terbang untuk pulang ke Malaysia cuti ni, jadi bagi sesiapa yang xbeli tiket lagi sila la hubungi aku 0148633436 atau ym ezmir_alhafiz@yahoo.com. Buat sesiapa yang nak datang Mesir untuk berjalan, aku ada wat pakej travel dengan harga berpatutan..Insyaallah harga leh kasi potong punya =)

Sempena musim peperiksaan yang telah bermula aku memohon maaf kepada semua andai ada kesalah yang aku telah lakukan pada korang, n doakan aku n zaujah najah exam kali ni.. Selamat Berimtihan kepada semua.. =)

Wednesday, March 10

Al-Fatihah..Almarhum Sheikh Sayyid Al Tantawi dalam kenangan

Masjid Azhar

Syeikh Mohammad Sayyed At Tantawi

Assalammualaikum,

Terkejut jugak la,bila aku buka-buka tenet,tengok berita tentang kematian Syeikhul Azhar As Syarif Syeikh Mohammed Sayyid At Tantawi. Beliau meninggal ketika dalam lawatan ke Arab Saudi akibat sakit jantung. Beliau yang berumur 82 tahun baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung dan telah diserang sakit jantung semasa penerbangan dari Cairo ke Riyadh pagi tadi, dan dijangkakan jenazah beliau akan dibawa pulang ke Mesir pada petang ini.

Biodata Ringkas Syeikh Sayyid Tantawi.

Beliau dilahirkan pada 28 October 1928 terkenal sebagai Imam Besar Masjid Azhar dan Syeikhul Azhar. Beliau bermula sebagai tenaga pengajar di Madrasah Islamiah di Iskandariah pada tahun 1944 dan kemudiannya menjadi ahli lajnah bagi fakulti Usuluddin pada tahun 1968. Pada tahun 1972, beliau telah menjadi ahli lajnah bagi fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam di Libya. Pada tahun 1980 beliau telah berpindah ke Universiti Madinah dan menjadi ketua lajnah bahagian Tafsir, dan akhirnya beliau kembali ke Mesir pada tahun 1985 dan menjadi mudir bagi sebuah Madrasah Agama yang terkenal di Iskandariah.

Beliau telah dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada hari lahirnya yang ke 58 (28 October 1986) selama 10 tahun dan kemudiannya dilantik sebagai Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Canselor Universiti Al Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 27 Mac 1996.

Beliau telah berjaya menulis At Tafsir Al Waseet, iaitu Ensiklopedia Tafsir Al Quran yang mempunyai 7000 mukasurat didalam 15 jilid kitab.Beliau telah mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk menyiapkan kitab tersebut. Beliau juga telah mengarang Bani Israel (mengenai sejarah Bani Israel) dan kitab Muamalat Al Bank (Perbankan Islam). Beliau juga telah mengetuai majlis pengkebumian Yaser Arafat pada tahun 2004.

Antara fatwa-fatwa beliau yang terkenal adalah mengenai tingkah laku dengan orang yahudi, perempuan menjadi imam, pengebom berani mati dan yang terbaru adalah mengenai pemakaian Niqab dikalangan muslimah.

Beliau adalah antara role model atau ikutan bagi kebanyakkan umat Islam di seluruh dunia terutamanya bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan banyak sumbangan dan jasa beliau didalam penyebaran Islam dan perjuangan menegakkan syiar Islam. Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan para syuhada dan orang beriman, Semoga akan lahir lebih ramai lagi golongan muda yang mampu menjadi seorang pejuang dan cendekiawan Islam yang hebat seperti beliau..Insyaallah..

Syukran ila Al-Jazeera dan Wikipedia atas maklumat yang sungguh bermanfaat.